Salam buat GC.........
Info terkini........Program Roadshow yang telah dibuat bersama MGC KUlai terpaksa ditunda pda tahun ini beriktan tiada budjet PPD untuk membayar claim guru-guru.Begitu juga dengan Daerah Lain, terdapat juga kekangan Roadshow ini dijalankan.Walaubagaimanapun, MGC Kluang,Kota Tinggi,Mersing ,Pasir Gudang sudahpun bergerak,surat telahpun di edar.Program Roadshow ini akan dihantar pada bulan Disember tahun ini untuk pengisian tahun 2010 .
Meskipun.Program Roadshow tidak dapat dijalankan tahun ini, saya berharap sangat kepada semua GC agar sentiasa mengikuti perkembangan GC Negeri dan JPNJ kerana program ini bergerak seiring.Baru-baru ini, ialah Program Immersion diharapkan dapat dijalankan membantu sekolah yang memerlukan bantuan GC.
Matlamat Pengarah agar program IMMERSION ini dijalankan dengan seiring PPD dan MGC.Jadi..sesiapa GC yang ingin menawarkan khidmat bantu bolehlah menghubungi SU mahupun En Selamat Mon untuk tujuan pengaturan jadual dan surat keluar.
Bagaimana respon GC? Jika ada masa,luangkanlah...JIka tiada,gunakanlah masa yang ada untuk membantu Program di Peringkat Sekolah..
Berdasarkan pertemuan dengan PPD pada 29 Julai, suatu resolusi telah dicapai sebulat suara untuk menyusun atur Program Kasih GC bermula dengan peringkat UPSR.Pertemuan pada hari Isnin 3 Ogos 2009 , ramai yang tidak dapat hadir berikutan surat yang lewat sampai ke sekolah.Walau bagaimanapun, suatu pertemuan akan diadakan dengan GC dan PPD berikutan Program Kasih bagi menyusun atur dan menyahut seruan dan saranan daripada Pengarah Pelajaran Johor tentang Program Immersion Guru Cemerlang perlu dijalankan.
Beberapa orang Gc sudahpun ditetapkan programnya setiap Hari Khamis ke sekolah yang memerlukan sahaja bantuan ...Senarai nama yang terlibat bolehlah dirujuk kepada En Selamat Mon.Diharap semua GC mengikuti perkembangan tersebut.
Salam buat semua GC..
Roadshow namapaknya macam tak jadi. Apapun tunggulah perkembangan En Suresh SU MGCJ akan turun ke PPD bersama En Shamsuddin Haron menerangkan resolusi diadakan Roadshow MGC.Kasihan MGC KUlai yang masih menunggu jawapan kita.Bagi semua GC..harap bersabar. Anda perlu tahu inilah kekangan dan cabaran GC..BUkan senang nak senang dan bukan susah nak susah..Realiti kehidupan tiada siapa yang bisa menduga.Kita merancang yang hebat..tapi ketentuan Allah jua .Apa komen GC?
Renungilah matlamat dan perjuangan sebenar GC bukannya mudah bukan?
Salam buat semua GC...Saya berasa amat gembira kerana terdapat 11 0rang sudah menjadi pengikut dalam laman blogMGC Pontian. Insyallah..jika ada kelapangan, updatekan lagi bahan.Setiap hari Khamis jam 10.30 hingga jam 1.00 datanglah ke PKG Bandar ubtuk AKTIVITI MGC..Ikuti perkembangan GC terkini..Direktori GC sila dapatkan daripada SU, terdapat penambahan iaitu no.ic dan no.Fail JPNJ bagi tujuan kemaskinikan data.
Pembayaran RM 5 dikenakan setiapkali kehadiran..untuk menampung duit makan..selebihnya untuk tabung MGCPONTIAN...Siapalagi majukan GC kalau tidak kita sendiri..
SALAM BUAT SEMUA.....PERTEMUAN DENGAN GC PADA HARI INI ,MESYUARAT DENGAN GC BARU.KEHADIRAN SERAMAI 3 I ORANG DI BILIK MESYUARAT LATIHAN PENDIDIKAN PKG BANDAR PONTIAN.
Antara agendanya ialah mengenai jadual roadshow,direktori MGC ,dan aktiviti MGC daerah.
Terdapat banyak kekangan perjumpaan GC kerana pertindihan kerja.Ramai yang terlibat dengan program pemantauan PBS daerah.Walaubagaimanapun, diharapkan semua GC ""alert"" dan prihatin dengan perkembangan aktiviti GC.Buat blog dan pautkan dengan laman blog MGC PONTIAN
SALAM BUAT SEMUA GC YANG SENTIASA BERMOTIVASI.......Suatu perkara yang amat indah dalam hidup ini apabila kita dihargai...bukanlah mengharapkan julukkan nama,pangkat atau kedudukan..tetapi orang menghargai kerja kita selama ini.Kadangkala...orang tak nampak kerja kita yang tekun pada waktu malam, waktu pagi bangun,waktu orang lain cuti , tapi orang nampak perkara yang lazim... kejayaan cemerlang pelajar...sekolah dapat anugerah.... tapi semuanya hasil kerjasama semua pihak yang terlibat juga.
Waktu cuti sekolah alangkah leganya dapat melabuhkan seketika punggung, dapat merehatkan seketika minda, dan dapat menikmati keindahan hidup bersama anggota keluarga, jiran tetangga,sanak saudara...pokok pangkalnya hari cuti gunakan sebaik-baiknya. Masa yang ada kadangkala sedikit, tetapi perlu digunakan dengan berkualiti..itulah hakikatnya.Meskipun cuti ada kelas tambahan, ada kursus.... kerana setiap kesusahan pasti ada ganjarannya dan setiap kesulitan pasti ada kemudahan kelak.Yakinlah.. bahawa hidup orang beriman akan sentiasa diuji dengan pelbagai ujian dan cabaran kehidupan,,,Apa respon GC? Fikirkanlah... kerana kita adalah sama disisi Tuhan melainkan orang yang bertakwa
Salam buat Gc... Saya ingin berkongsi maklumat dengan Gc .. pada 18 jun 2009 hari Khamis yang lalu saya dan Puan siti suanja bermesyuarat di SMk.Tunku Abdul Rahman Putra kulai. Kami didedahkan dengan taklimat Mr Yap dan Mr OOi GC yang senior dan bertaraf JUSA C (MR YAP) . Banyak input yang diberi tentang pembinaan modul yang berkesan kepada ketua GC untuk didedahkan kepada ahli dan kawan-kawan yang terlibat.Banyak kerja GC baru yang perlu disempurnakan..antara lain Modul P&P berkesan kita menggunakan teknik yang mudah diberikan kepada pelajar..kita kena sampaikan dengan cara yang paling berkesan,Itulah fungsi GC.Memudahkan P&P guru khususnya guru baru.Jadi, saya ingin mengajak semua rakan GC untuk melihat peranan kita sebenarnya banyak dan kita perlu maju selangkah ke hadapan dari guru-guru lain dan memandang wawasan jauh ke depan. Pelajar didahulukan, pencapaian diutamakan itulah resolusi kita. Majulah GC untuk semua.....


