AddThis

Bookmark and Share

SALAM BUAT SEMUA GC YANG SENTIASA BERMOTIVASI.......Suatu perkara yang amat indah dalam hidup ini apabila kita dihargai...bukanlah mengharapkan julukkan nama,pangkat atau kedudukan..tetapi orang menghargai kerja kita selama ini.Kadangkala...orang tak nampak kerja kita yang tekun pada waktu malam, waktu pagi bangun,waktu orang lain cuti , tapi orang nampak perkara yang lazim... kejayaan cemerlang pelajar...sekolah dapat anugerah.... tapi semuanya hasil kerjasama semua pihak yang terlibat juga.

Waktu cuti sekolah alangkah leganya dapat melabuhkan seketika punggung, dapat merehatkan seketika minda, dan dapat menikmati keindahan hidup bersama anggota keluarga, jiran tetangga,sanak saudara...pokok pangkalnya hari cuti gunakan sebaik-baiknya. Masa yang ada kadangkala sedikit, tetapi perlu digunakan dengan berkualiti..itulah hakikatnya.Meskipun cuti ada kelas tambahan, ada kursus.... kerana setiap kesusahan pasti ada ganjarannya dan setiap kesulitan pasti ada kemudahan kelak.Yakinlah.. bahawa hidup orang beriman akan sentiasa diuji dengan pelbagai ujian dan cabaran kehidupan,,,Apa respon GC? Fikirkanlah... kerana kita adalah sama disisi Tuhan melainkan orang yang bertakwa

0 ulasan