AddThis

Bookmark and Share

MESYUARAT AGUNG 2013

Dicatat oleh shainli | 10:52 PTG

SALAM UKHWAH buat semua rakan Guru Cemerlang.
Diharap dapat meluangkan masa untukhadir dalam majlis pada tarikh berikut :
1.  Tarikh : 17 JUlai 2013
2. Masa : 2.00 petang
3. Tempat : Bilik Siantan PPD POntian

Harap dapat hadir untuk kebaikan kita bersama

Dicatat oleh shainli | 7:20 PTG

salam 1 malaysia..salam perpaduan


ingin saya berkongsi berita..Pada 29 hb-31 JanuariMGCJohor telah mengadakan Bengkel Bina blog di Hotel Landmark,Batu Pahat.. untuk SU dan Pen SU.. memajukan blog daerah masing-masing..Fasilitator utama GURU Media Cemerlang Encik Ismail Yon.. terasa tidak sabar rasanya ingin berkongsi ilmu..Ilmu itu Pelita Hati..Insyallah..saya akan sebarkan kepada rakan2 GC di Pontian.. Maju GC..Wujudkan Budaya Ilmu Teras Kegemilangan

azam tahun baru 2010

Dicatat oleh shainli | 10:14 PTG

salam buat semua GC dan peminat...kembali bersua

Rasanya hampir 3 bulan tirai blog tidak dibuka hanya menumpukan kepada pperiksaan pelajar.penandaan dan face book..hampir terlupa pada blog mgc ini.

Sedikit perkongsian ilmu pada hari ini ialah azam tahun baru 2010
Tertarik saya pada buku Amin Idris...Magnet Diri Cipta Pengaruh Luar Biasa dan Berjaya..

1. Menjadi orang yg berpengaruh bukan bermaksud menjadi orang yang sombong dan bongkak sebaliknya ,memastikan kemenangan pasukan dengan mengetepikan kepentingan diri.

2.Individu yang memiliki kualiti sperti Gandhi, apabila meletak mereka di mana-mana, dia pasti mampu bekerja di mana sahaja.Dia mampu menyesuaikan diri dan memberikan impak positif kepada orang lain walau dimana sahaja dia berada.Beliau tidak menunggu berada di puncak terlebih dahulu bagi menjadi orang yang berpengaruh.Sebalikknya,beliau menggerakkan kuasa pengaruhnya bermula dari bawah.

3.Berita baik..walaupun kebebasan yang terhad,tetapi kita dapat menjadikan hidup kita penuh bermakna dan memberikan impak positif dalam hidup orang lain apabila kita bersedia mempelajari teknik kuasa berpengaruh yang berkesan


Layarilah laman web www.Amin Idris.com untuk rasakan Magnet Diri ... Ternyata Berkesan..
Wassalam

INFO TERKINI UNTUK SEMUA GC

Dicatat oleh shainli | 10:40 PTG

SALAM SATU MALAYSIA....SALAM RAMADHAN DAN AHLAN WA SAHLAN IDUL FITRI

Apa khabar semua GC di Pontian? Moga anda sihat selalu.Lama rasanya tidak bertemua di MGC PONTIAN.Maklumle.tugasan semakin bertambah kerja rutin peperiksaan sentiasa menunggu untuk diselesaikan.Waalubagaimanapun,tugas tetap tugas,Skt dah buat ke belum?Soalan Percubaan dah siap tanda?Dah buat analisis item?.OK..berita terkini MGC...

Berdasarkan Surat MGCJ bil 6/2009 di SMK Sains Kluang pada 28 Mei 2009,suatu keputusan telah diambil untuk semua GC membeli 3 buku berjumlah RM 60 iaitu:
1.Antologi Cerpen GC Siri 3 (RM 28)
2.Koleksi Amalan Terbaik P&P GC (RM 32)
3.Transformasi Bahasa Melayu (RM 15)
*Guru Cemerlang boleh memilih untuk membeli atau tidak buku Transformasi B.melayu
***Semua GC dikehendaki membuat pembayaran kepada Bendahari Cikk Hajah Saadiah (sek.Menengah SMK.DAto'Penggawa Barat) ataupun En Razip bin Laitang (Sek.Keb Benut).
Segala pertanyaan bolehlah disalurkan kepada SU MGC PONTIAN (Sh.Ain- SMK .Dato 'PEnggawa Barat) atau Pengerusi MGC Pontian Tn.Hj.Mohd Noor Marwan (SMK Sri Perhentian)

***Mohon berikan kerjasama selepas raya..Surat dikeluarkan oleh MGCJohor Pengerusi-Puan Norizah Bt Rahmat

KOLEKSI SOALAN

Dicatat oleh shainli | 9:59 PTG

SEJARAH TINGKATAN 2

laman blog guru cemerlang

Dicatat oleh shainli | 10:36 PG

sharifahain

Salam kasih sayang dan salam buat semua

Roadshow Sejarah di SMK BAndar T6 bersama-sama 43 peserta daripada daerah Kluang,Kota Tinggi dan Mersing sangat memberansangkan.Fasilitator terdiri daripada saya,Gc Mersing Sukamawati dan GC Kota Tinggi En.Jamal ternyata mempunyai kehebatan yang tersendiri..Itulah resepi GC...Anda perlu menunjukkan diri anda dengan melengkapkan ilmu di dada,...Berdepan dengan rakan peserta..Masing-masing hebat dengan idea.Ada idea Kembang-Sebut ,Idea Cerai-Rujuk dan Idea Traveloing File dan macam-macam lagi. Lepas ini, banyaklah idea dan buatle modul yang hebat.Sememamngnya itulah kekangan Guru Sejarah..Ciptakan Inovasi Maka kita Bekerja Secara Berpasukan UNtuk Naikkan Johor Top 5..Insyaallah..