AddThis

Bookmark and Share

INFO TERKINI UNTUK SEMUA GC

Dicatat oleh shainli | 10:40 PTG

SALAM SATU MALAYSIA....SALAM RAMADHAN DAN AHLAN WA SAHLAN IDUL FITRI

Apa khabar semua GC di Pontian? Moga anda sihat selalu.Lama rasanya tidak bertemua di MGC PONTIAN.Maklumle.tugasan semakin bertambah kerja rutin peperiksaan sentiasa menunggu untuk diselesaikan.Waalubagaimanapun,tugas tetap tugas,Skt dah buat ke belum?Soalan Percubaan dah siap tanda?Dah buat analisis item?.OK..berita terkini MGC...

Berdasarkan Surat MGCJ bil 6/2009 di SMK Sains Kluang pada 28 Mei 2009,suatu keputusan telah diambil untuk semua GC membeli 3 buku berjumlah RM 60 iaitu:
1.Antologi Cerpen GC Siri 3 (RM 28)
2.Koleksi Amalan Terbaik P&P GC (RM 32)
3.Transformasi Bahasa Melayu (RM 15)
*Guru Cemerlang boleh memilih untuk membeli atau tidak buku Transformasi B.melayu
***Semua GC dikehendaki membuat pembayaran kepada Bendahari Cikk Hajah Saadiah (sek.Menengah SMK.DAto'Penggawa Barat) ataupun En Razip bin Laitang (Sek.Keb Benut).
Segala pertanyaan bolehlah disalurkan kepada SU MGC PONTIAN (Sh.Ain- SMK .Dato 'PEnggawa Barat) atau Pengerusi MGC Pontian Tn.Hj.Mohd Noor Marwan (SMK Sri Perhentian)

***Mohon berikan kerjasama selepas raya..Surat dikeluarkan oleh MGCJohor Pengerusi-Puan Norizah Bt Rahmat

KOLEKSI SOALAN

Dicatat oleh shainli | 9:59 PTG

SEJARAH TINGKATAN 2

laman blog guru cemerlang

Dicatat oleh shainli | 10:36 PG

sharifahain

Salam kasih sayang dan salam buat semua

Roadshow Sejarah di SMK BAndar T6 bersama-sama 43 peserta daripada daerah Kluang,Kota Tinggi dan Mersing sangat memberansangkan.Fasilitator terdiri daripada saya,Gc Mersing Sukamawati dan GC Kota Tinggi En.Jamal ternyata mempunyai kehebatan yang tersendiri..Itulah resepi GC...Anda perlu menunjukkan diri anda dengan melengkapkan ilmu di dada,...Berdepan dengan rakan peserta..Masing-masing hebat dengan idea.Ada idea Kembang-Sebut ,Idea Cerai-Rujuk dan Idea Traveloing File dan macam-macam lagi. Lepas ini, banyaklah idea dan buatle modul yang hebat.Sememamngnya itulah kekangan Guru Sejarah..Ciptakan Inovasi Maka kita Bekerja Secara Berpasukan UNtuk Naikkan Johor Top 5..Insyaallah..

Salam buat GC.........
Info terkini........Program Roadshow yang telah dibuat bersama MGC KUlai terpaksa ditunda pda tahun ini beriktan tiada budjet PPD untuk membayar claim guru-guru.Begitu juga dengan Daerah Lain, terdapat juga kekangan Roadshow ini dijalankan.Walaubagaimanapun, MGC Kluang,Kota Tinggi,Mersing ,Pasir Gudang sudahpun bergerak,surat telahpun di edar.Program Roadshow ini akan dihantar pada bulan Disember tahun ini untuk pengisian tahun 2010 .

Meskipun.Program Roadshow tidak dapat dijalankan tahun ini, saya berharap sangat kepada semua GC agar sentiasa mengikuti perkembangan GC Negeri dan JPNJ kerana program ini bergerak seiring.Baru-baru ini, ialah Program Immersion diharapkan dapat dijalankan membantu sekolah yang memerlukan bantuan GC.

Matlamat Pengarah agar program IMMERSION ini dijalankan dengan seiring PPD dan MGC.Jadi..sesiapa GC yang ingin menawarkan khidmat bantu bolehlah menghubungi SU mahupun En Selamat Mon untuk tujuan pengaturan jadual dan surat keluar.

Bagaimana respon GC? Jika ada masa,luangkanlah...JIka tiada,gunakanlah masa yang ada untuk membantu Program di Peringkat Sekolah..

Berdasarkan pertemuan dengan PPD pada 29 Julai, suatu resolusi telah dicapai sebulat suara untuk menyusun atur Program Kasih GC bermula dengan peringkat UPSR.Pertemuan pada hari Isnin 3 Ogos 2009 , ramai yang tidak dapat hadir berikutan surat yang lewat sampai ke sekolah.Walau bagaimanapun, suatu pertemuan akan diadakan dengan GC dan PPD berikutan Program Kasih bagi menyusun atur dan menyahut seruan dan saranan daripada Pengarah Pelajaran Johor tentang Program Immersion Guru Cemerlang perlu dijalankan.
Beberapa orang Gc sudahpun ditetapkan programnya setiap Hari Khamis ke sekolah yang memerlukan sahaja bantuan ...Senarai nama yang terlibat bolehlah dirujuk kepada En Selamat Mon.Diharap semua GC mengikuti perkembangan tersebut.

Salam buat semua GC..

Roadshow namapaknya macam tak jadi. Apapun tunggulah perkembangan En Suresh SU MGCJ akan turun ke PPD bersama En Shamsuddin Haron menerangkan resolusi diadakan Roadshow MGC.Kasihan MGC KUlai yang masih menunggu jawapan kita.Bagi semua GC..harap bersabar. Anda perlu tahu inilah kekangan dan cabaran GC..BUkan senang nak senang dan bukan susah nak susah..Realiti kehidupan tiada siapa yang bisa menduga.Kita merancang yang hebat..tapi ketentuan Allah jua .Apa komen GC?
Renungilah matlamat dan perjuangan sebenar GC bukannya mudah bukan?

Salam buat semua GC...Saya berasa amat gembira kerana terdapat 11 0rang sudah menjadi pengikut dalam laman blogMGC Pontian. Insyallah..jika ada kelapangan, updatekan lagi bahan.Setiap hari Khamis jam 10.30 hingga jam 1.00 datanglah ke PKG Bandar ubtuk AKTIVITI MGC..Ikuti perkembangan GC terkini..Direktori GC sila dapatkan daripada SU, terdapat penambahan iaitu no.ic dan no.Fail JPNJ bagi tujuan kemaskinikan data.
Pembayaran RM 5 dikenakan setiapkali kehadiran..untuk menampung duit makan..selebihnya untuk tabung MGCPONTIAN...Siapalagi majukan GC kalau tidak kita sendiri..

MESYUARAT GURU CEMERLANG KE-2

Dicatat oleh shainli | 9:58 PG

SALAM BUAT SEMUA.....PERTEMUAN DENGAN GC PADA HARI INI ,MESYUARAT DENGAN GC BARU.KEHADIRAN SERAMAI 3 I ORANG DI BILIK MESYUARAT LATIHAN PENDIDIKAN PKG BANDAR PONTIAN.
Antara agendanya ialah mengenai jadual roadshow,direktori MGC ,dan aktiviti MGC daerah.
Terdapat banyak kekangan perjumpaan GC kerana pertindihan kerja.Ramai yang terlibat dengan program pemantauan PBS daerah.Walaubagaimanapun, diharapkan semua GC ""alert"" dan prihatin dengan perkembangan aktiviti GC.Buat blog dan pautkan dengan laman blog MGC PONTIAN

SALAM BUAT SEMUA GC YANG SENTIASA BERMOTIVASI.......Suatu perkara yang amat indah dalam hidup ini apabila kita dihargai...bukanlah mengharapkan julukkan nama,pangkat atau kedudukan..tetapi orang menghargai kerja kita selama ini.Kadangkala...orang tak nampak kerja kita yang tekun pada waktu malam, waktu pagi bangun,waktu orang lain cuti , tapi orang nampak perkara yang lazim... kejayaan cemerlang pelajar...sekolah dapat anugerah.... tapi semuanya hasil kerjasama semua pihak yang terlibat juga.

Waktu cuti sekolah alangkah leganya dapat melabuhkan seketika punggung, dapat merehatkan seketika minda, dan dapat menikmati keindahan hidup bersama anggota keluarga, jiran tetangga,sanak saudara...pokok pangkalnya hari cuti gunakan sebaik-baiknya. Masa yang ada kadangkala sedikit, tetapi perlu digunakan dengan berkualiti..itulah hakikatnya.Meskipun cuti ada kelas tambahan, ada kursus.... kerana setiap kesusahan pasti ada ganjarannya dan setiap kesulitan pasti ada kemudahan kelak.Yakinlah.. bahawa hidup orang beriman akan sentiasa diuji dengan pelbagai ujian dan cabaran kehidupan,,,Apa respon GC? Fikirkanlah... kerana kita adalah sama disisi Tuhan melainkan orang yang bertakwa

Salam buat Gc... Saya ingin berkongsi maklumat dengan Gc .. pada 18 jun 2009 hari Khamis yang lalu saya dan Puan siti suanja bermesyuarat di SMk.Tunku Abdul Rahman Putra kulai. Kami didedahkan dengan taklimat Mr Yap dan Mr OOi GC yang senior dan bertaraf JUSA C (MR YAP) . Banyak input yang diberi tentang pembinaan modul yang berkesan kepada ketua GC untuk didedahkan kepada ahli dan kawan-kawan yang terlibat.Banyak kerja GC baru yang perlu disempurnakan..antara lain Modul P&P berkesan kita menggunakan teknik yang mudah diberikan kepada pelajar..kita kena sampaikan dengan cara yang paling berkesan,Itulah fungsi GC.Memudahkan P&P guru khususnya guru baru.Jadi, saya ingin mengajak semua rakan GC untuk melihat peranan kita sebenarnya banyak dan kita perlu maju selangkah ke hadapan dari guru-guru lain dan memandang wawasan jauh ke depan. Pelajar didahulukan, pencapaian diutamakan itulah resolusi kita. Majulah GC untuk semua.....

Salam.........tanggal 2 jun 2009 , saya ingin berkongsi bahan dengan Gc dengan program SMTAG yang telah diperkenalkan oleh Tuan Pegawai PPD En Abd Rahim bin Lamin

sungguh sistematik..penerangan yang diberikan di Hotel Seri MAlaysia sangat jelas dan amat berkesan..Terkesima saya mendengarnya..kagum dengan gagasan beliau mengutarakan tentang konsep One Malaysia dan Konsep Standard Guru Malaysia yang masih belum dilancarkan tapi masih dalam kerahsiaan.Pendedahan kepada semua guru sek rendah dan sek menengah yang hadir di sini sedikit sebnyk sudahpun jelas tentang jumlah (kuantiti) dan kualtiti yang ingin kita berikan kepada anak didik kita berdasarkan HSP yang telah kita tetapkan sendiri..

Semoga usaha beliau akan diteruskan dan diaplikasikan oleh semua pihak...

AKTIVITI MGCJOHOR

Dicatat oleh shainli | 6:58 PTG

salam buat semua............ PAda hari Khamis lepas saya. sebagai Su,En Rahmat dan Tn Hj Md Noor mewakili Pontian dalam Mesyuarat AJK MGCJOHOR. Banyak aktiviti dijalankan antara lain post mortem Konvensyen Guru Cemerlang, Perancangan binamodul GC,Roadshow GC, dan bina blog.Ahli MGC setiap daerah diarahkan kemaskinikan data, 1 GC mewakili 10GC bagi setiap daerah dan banyak lagi aktiviti yang akan dijalankan.Apapun... yang penting kerja banyak yang kena buat,.. perlukan sokongan semua pihak.. terutama kerjasama GC untuk update data dan berikan sokongan dengan membayar yuran GC..Hidup Gc untuk semua

Kursus Pemantapan Jurulatih Utama

Dicatat oleh shainli | 10:50 PTG

Salam buat semua GC..Saya sampaikan salam En Selamat Mon ..bagaimana program MGC dah gerak ke? Saya beritahu kami dah bergerak dari 30 April dan insyallah sehingga akhir bulan Mei ini sasaran kita mantapkan blog GC masing-masing.

Buat semua blogger GC..kalau boleh uploadkan bahan dan buat pautan dengan MGC....

Saya hari ini ada Kursus Pemantapan JU Kajian Tindakan..Ramai juga GC yang menjadi JU....apapun..GC perlu buat Kajian Tindakan..Buat sesuatu penulisan ilmiah..dan buat sesuatu inovatif..

Hidup Gc..Buat semua...Anda Cemerlang..Buktikan Kita Cemerlang dan boleh Mendidik orang lain juga Cemerlang...Syabas GC,,Pengorbananmu..tiada penghujung

Kursus Pemantapan Blog

Dicatat oleh shainli | 4:25 PTG

Terlalu banyak rasanya nak diceritakan jerih perihnya membina blog...dari 30 April,7 Mei 2009,15 Mei 2009 terasa...diri ini masih banyak yang tak tahu. Guru Cemerlang..tetap juga komited meneruskan pemantapan blog untu Fasa 1dan Fasa 2.

MAsalah utama ialah kewangan... nak bayar penceramah.Terima kasih En Razip di atas teguran yang membina.. akan kami usahakan minta peruntukan kewangan dan badgjet dari PPD khususnya..Terima kasih.Minggu depan..janganlupa aktiviti GC masih diteruskan

KURSUS PEMBINAAN BLOG MGCPONTIAN

Dicatat oleh shainli | 3:46 PTG

Salam buat semua GC..........

Pada hari Khamis 30 April 2009..seramai 23 orang GC diundang .Meskipun hanya 14 orang yang hadir ..saya tetap berpuas hati. Penceramah yang terdiri daripada adik-adik PPIK sungguh prihatin membnatu kami GC membina blog..Banyak ilmu yang boleh dikongsi bersama..Terima kasih kepada GC yang sempat hadir dan terima kasih adik-adik diPPIK kerana sabar mengajar kami para GC..JAsamu tetap di kenang..

Ini Baru fasa pertama..fasa kedua pastikan muncul minggu depan...bina dan murnikan blog.Harap dapat menyertai kursus yang amat berguna ini

Dicatat oleh shainli | 12:15 PTG

Kongsi bahan pengajaran sejarah

http://http://www.scribd.com/doc/261969/Pn-Roslina

Salam buat semua....
Semua Guru Cemerlang negeri Johor yang telahpun mendaftar di bawah MGC dialu-alukan untuk hadir ke Seminar yang akan diadakan di Pusat Islam Johor pada 25 April ini bersamaan Hari Sabtu dari jam 7.30 hingga 5 petang

PERKONGSIAN BAHAN

Dicatat oleh shainli | 12:13 PG

Diharapkan semua GC dapat uploadkan bahan ke blog GC .Sekiranya ada masalah., attach ke e-mel saya (sharifahainhajiali@rocketmail.com) ataupun masukkan semua bahan dalam CD hantar ke PPD (untuk SU MGC di alamat SMKDPB .) Terima kasih

FORMAT PENTAKSIRAN

Dicatat oleh shainli | 12:09 PG

salam buat semua GC.. diharap dapatkan Format Pentaksiran bagi semua subjek berdasarkan kepakaran masing-masing bagi membuat JSI..Saya sudah memberikan maklumbalas kepada pn Siti Suanja (GC Kimia-SDAHA) .Selepas ini, Gc dapatlah membuat JSI masing-masing agar akan lebih yakin menerangkan kepada orang lain...

Kita perlu menjadi role model yang terbaik untuk semua Guru

Pada 2 April 2009 Semua GC dikehendaki menghadiri Kursus JSI Perealisasian item diSMK Sri Tanjung ..diharapkan semua GC dapat memanfaatkan kursus tersebut dengan sebaik-baiknya.

BAHAN P & P (PERKONGSIAN BAHAN)

Dicatat oleh shainli | 11:58 PTG

Semua GC bolehlah memasukkan bahan P & P dalam blog ini...untuk kegunaan kita bersama

selamat Mencuba------

Salam Buat Semua.....GC

Mengulas tindakan lanjut selepas pertemuan dengan Tuan PPD,semua GC dikehendaki menyediakan SPI Atau dalam bahasa Melayunya ialah SMTAG (Standard Minimum Tugasan Akademik Guru) kalau silap berikan respons... berkaitan subjek dan HSP masing-masing.
Apa yang menjadi kekeliruan ialah Para GC perlu menyediakan sendiri mengikut cara tersendiri dan guide yang diberi begitu subjektif mengikut bidang masing-masing terutama bahagian kualiti.

Kita kena buat...saya dahpun hantar..tapi tak berapa pasti benar atau tidak...tapi disesuaikan dengan aktiviti PMP dan HSP subjek kita.. cuba kita lihat nanti maklumbalas tuan PPD atau En Selamat..

Teruskan sasaran..,aturkan strategi anda...dan bersikaplah positif....(#3s) Strategi Positif MINDA

Ikhlas dari SU MGC PONTIAN 2009

SALAM BUAT SEMUA.............

Pada 12 mac Semua GC telahpun menghadiri kursus pemantapan kajian tindakan di PKG Benut...banyak dapatan yang dapat diperoleh antaranya tentang kepentingan membuat kajian,cara penulisan proposal atau kajian dan yang paling penting...isu apa yang akan anda ketengahkan sebagai bahan kajian anda .Katanya...mesti isu yang kecil, ada sasaran ,ada tindakan yang jelas.....anda bagaimana...dah bersedia buat kajian tindakan.

Saya berpendapat semua GC memang telah cemerlang..cuma masa sahaja...ye tak yang penting bersikap positif...buat ..sambut seruan..1 Guru 1 Kajian Tindakan...

sekian dari SU MGC 2009

ASSALAMUALAIKUM.........

SELAMAT DATANG PARA GC DAERAH PONTIAN.KAMI MENGALU-ALUKAN KUNJUNGAN ANDA KE MGC UNTUK MENGISI PROFIL DIRI ANDA,MAKLUMAT TERKINI,BAHAN PERKONGSIAN...UNTUK KECEMERLANGAN PARA GC..

SEMOGA BLOG INI MENJADI SALURAN YANG BERGUNA UNTUK SEMUA......

SETIAUSAHA MGC PONTIAN 2009