AddThis

Bookmark and Share

SALAM BUAT SEMUA GC YANG SENTIASA BERMOTIVASI.......Suatu perkara yang amat indah dalam hidup ini apabila kita dihargai...bukanlah mengharapkan julukkan nama,pangkat atau kedudukan..tetapi orang menghargai kerja kita selama ini.Kadangkala...orang tak nampak kerja kita yang tekun pada waktu malam, waktu pagi bangun,waktu orang lain cuti , tapi orang nampak perkara yang lazim... kejayaan cemerlang pelajar...sekolah dapat anugerah.... tapi semuanya hasil kerjasama semua pihak yang terlibat juga.

Waktu cuti sekolah alangkah leganya dapat melabuhkan seketika punggung, dapat merehatkan seketika minda, dan dapat menikmati keindahan hidup bersama anggota keluarga, jiran tetangga,sanak saudara...pokok pangkalnya hari cuti gunakan sebaik-baiknya. Masa yang ada kadangkala sedikit, tetapi perlu digunakan dengan berkualiti..itulah hakikatnya.Meskipun cuti ada kelas tambahan, ada kursus.... kerana setiap kesusahan pasti ada ganjarannya dan setiap kesulitan pasti ada kemudahan kelak.Yakinlah.. bahawa hidup orang beriman akan sentiasa diuji dengan pelbagai ujian dan cabaran kehidupan,,,Apa respon GC? Fikirkanlah... kerana kita adalah sama disisi Tuhan melainkan orang yang bertakwa

Salam buat Gc... Saya ingin berkongsi maklumat dengan Gc .. pada 18 jun 2009 hari Khamis yang lalu saya dan Puan siti suanja bermesyuarat di SMk.Tunku Abdul Rahman Putra kulai. Kami didedahkan dengan taklimat Mr Yap dan Mr OOi GC yang senior dan bertaraf JUSA C (MR YAP) . Banyak input yang diberi tentang pembinaan modul yang berkesan kepada ketua GC untuk didedahkan kepada ahli dan kawan-kawan yang terlibat.Banyak kerja GC baru yang perlu disempurnakan..antara lain Modul P&P berkesan kita menggunakan teknik yang mudah diberikan kepada pelajar..kita kena sampaikan dengan cara yang paling berkesan,Itulah fungsi GC.Memudahkan P&P guru khususnya guru baru.Jadi, saya ingin mengajak semua rakan GC untuk melihat peranan kita sebenarnya banyak dan kita perlu maju selangkah ke hadapan dari guru-guru lain dan memandang wawasan jauh ke depan. Pelajar didahulukan, pencapaian diutamakan itulah resolusi kita. Majulah GC untuk semua.....

Salam.........tanggal 2 jun 2009 , saya ingin berkongsi bahan dengan Gc dengan program SMTAG yang telah diperkenalkan oleh Tuan Pegawai PPD En Abd Rahim bin Lamin

sungguh sistematik..penerangan yang diberikan di Hotel Seri MAlaysia sangat jelas dan amat berkesan..Terkesima saya mendengarnya..kagum dengan gagasan beliau mengutarakan tentang konsep One Malaysia dan Konsep Standard Guru Malaysia yang masih belum dilancarkan tapi masih dalam kerahsiaan.Pendedahan kepada semua guru sek rendah dan sek menengah yang hadir di sini sedikit sebnyk sudahpun jelas tentang jumlah (kuantiti) dan kualtiti yang ingin kita berikan kepada anak didik kita berdasarkan HSP yang telah kita tetapkan sendiri..

Semoga usaha beliau akan diteruskan dan diaplikasikan oleh semua pihak...

AKTIVITI MGCJOHOR

Dicatat oleh shainli | 6:58 PTG

salam buat semua............ PAda hari Khamis lepas saya. sebagai Su,En Rahmat dan Tn Hj Md Noor mewakili Pontian dalam Mesyuarat AJK MGCJOHOR. Banyak aktiviti dijalankan antara lain post mortem Konvensyen Guru Cemerlang, Perancangan binamodul GC,Roadshow GC, dan bina blog.Ahli MGC setiap daerah diarahkan kemaskinikan data, 1 GC mewakili 10GC bagi setiap daerah dan banyak lagi aktiviti yang akan dijalankan.Apapun... yang penting kerja banyak yang kena buat,.. perlukan sokongan semua pihak.. terutama kerjasama GC untuk update data dan berikan sokongan dengan membayar yuran GC..Hidup Gc untuk semua